aktiviti yang bakal dilangsungkan

Berbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Sambutan Kemerdekaan ke-52 Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA Peringkat Kebangsaan tersebut. Semua aktiviti yang dirancang berbentuk patriotik untuk menanamkan semangat cintakan negara kepada para peserta.

Berikut aktiviti-aktiviti yang telah di rancang

1. Pertandingan Pidato Patriotik
2. Pertandingan Deklamasi Puisi Patriotik
3. Pertandingan Lagu Patriotik
4. Pertandingan Multimedia Patriotik
5. Pertandingan Menulis Puisi Patriotik
6. Pertandingan Poster Bertema
7. Pertandingan Sketsa Kemerdekaan
8. Forum Kemerdekaan
9. Tayangan Filem Patriotik

Pengisian yang menarik telah dirancang dan amat rugi sekiranya anda terlepas mana-mana aktiviti-aktiviti tersebut.

para peserta

bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan yang bakal berlangsung, semua kolej MARA/kolej professional MARA akan hadir. begitu juga dengan sebuah kolej jemputan.

berikut adalah kolej-kolej yang dijangka akan hadir untuk memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan tersebut

1. Kolej MARA Banting (Tuan Rumah)
2. Kolej MARA Seremban
3. Kolej MARA Kulim
4. Kolej MARA Kuala Nerang
5. Kolej Profesional MARA Melaka (Ayer Molek)
6. Kolej Profesional MARA Beranang
7. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
8. Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
9. Kolej Profesional MARA Bandar Penawar

Matlamat Sambutan

1. Membolehkan pelajar menghayati semangat patriotisme dan berbangga menjadi rakyat Malaysia


2. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan meningkatkan semangat berkerjasama serta setiakawan di kalangan warga KM & KPM melalui interaksi dan komunikasi semasa sambutan kemerdekaan.

3. Meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mencapai hasrat yang terkandung dalam misi dan visi MARA serta Wawasan 2020 sebagai satu usaha memartabatkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

Lagu 1Malaysia

ini adalah lagu tema untuk kemerdekaan tahun ini
yang bertajuk 1 Malaysia. rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan




Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk semangat satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia


Dalam capaian satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2X

Satu Malaysia untuk semua



Pencipta Lagu: Nik Nizam
Penulis lirik: Lokgha

Kolej MARA Banting Sebagai Tuan Rumah

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya penantian tersebut telah berakhir. Kolej MARA Banting akan menjadi tuan rumah mengambil alih tugas yang dipegang oleh Kolej Profesional MARA Seri Iskandar untuk sambutan kemerdekaan tahun ini yang bakal berlangsung pada 26, 27 dan 28 September 2009.

Sambutan Kemerdekaan Kolej MARA & Kolej Profesional MARA telah menjadi acara tradisi kepada warga KM & KPM seluruh negara yang disambut setiap tahun.

Sambutan ini menjadi wadah kepada warga KM & KPM memperlihatkan rasa keperihatinan dan rasa penghargaan kepada wira-wira negara yang sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan negara serta menuntut kemerdekaan

kepada semua peserta, kolej MARA banting mengucapkan selamat datang.